Bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bahawa dia terpaksa bekerja sambilan sebagai penjual makanan serta melakukan kerja-kerja dekorasi rumah bagi menanggung perbelanjaan anak-anaknya selepas bergelar ibu tunggal.
3 anak masih bersekolah
Memetik laporan dari Bernama, Emilia memilih untuk bekerja sambilan kerana perlu menguruskan persekolahan tiga anak lelakinya yang berumur 17, 12 dan 10 tahun, termasuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
“Saya menanggung anak-anak dengan menjual makanan yang dimasak dari rumah,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh timbalan pendakwa raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin pada perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Emilia.
Menumpang rumah ibu bapa
Ujar wanita berusia 43 tahun itu lagi,pekerjaan sambilan tersebut dibuat untuk menanggung keluarga termasuk tiga anak lelakinya kerana nafkah interim RM2,000 yang diterima bagi setiap anaknya tidak mencukupi.
Buat masa ini, saya bersama tiga anak menumpang di rumah ibu bapa saya,” katanya.
Keterangan tersebut dibuat selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam Akberdin Abdul Kader yang mewakili SM Faisal untuk memanggil dia memberi keterangan walaupun pihak pendakwaan membantah.
Sepatutnya, hari ini saksi pendakwaan keenam iaitu adik perempuan Emilia, Elisa Nani, disoal balas oleh peguam, namun Akberdin memohon supaya Emilia dipanggil untuk memberi keterangan terlebih dahulu kerana beliau saksi penting pendakwaan.
Untuk rekod, SM Faisal, 43 didakwa mencederakan Emilia di sebuah rumah di Desa Sri Hartamas, Brickfields antara 12.30 tengah hari dan 4.30 petang pada 22 Nov 2015.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan majistret Nadia Othman bersambung 28 Feb ini.
Antara komen netizen,
The ex wife cuma berjuang utk anak2, the best education the kids should get, bapak dia ni level jutawan gila tau, bukan nya bebanan the ex wife, should be the ex husband punya masalah.
Bukan soal jatuh taraf ke apa, kalau hantar g sekolah biasa, tapi tu kan hak education anak2 dia, if ramai perempuan jadi pak turut soal nafkah anak2 trust me, takkan 1 perempuan di malaysia lah akan berani kedepan bila soal nafkah, and seronok kat lelaki lah atas dunia nampak tak salah, tak ramai perempuan di malaysia yg ke depan soal nafkah anak2, banyak yg rela tanggung sendiri in silents dr drag benda ni sampai court, so if 1 of them bangkit i as women i know i should support them, ingat senang ke nak tuntut nafkah anak.
Susah yea nak cari lelaki lepas cerai bagi anak anak nafkah cukup, 100-200 sebulan pun susah yea ni perempuan je tahu diam but still perempuan jugak kena kutuk, then banyak perempuan jugak tak support and pandang lekeh, come on lah – Fasha –
6k kalau untuk makan minum belanja anak² 3 orang ok lah kot, tapi kalau hal sekolah tu ayah dia kene bagi lain lah kot sebab sekolah international mahalkan..
Tak sebelahkan sesiapa.. who knows kalau tabungan lain untuk anak²nya apaknya ada buat siap²? ( Akan bagi kat anak sendiri one day).
But yg paknya pun kenelah ada tanggungjawab kat anak² untuk kelangsungan hidup sampai anak² dah boleh berdikari sendiri, ( sebenarnya banyak kes kalau baca, ramai sangat yang lalai bab² ni), walaupun dah berpisah dengan isteri.
Apapun anak² dia berhak dapat yang terbaik sebab Pak dia terlebih mampu . Takat bagi 5, 10k untuk sorang anak macam takde hal je rasa..
Wallahualam.Lainlah kalau rakyat marhaen, kalau seorang anak dapat 500, 1/ 2k sebulan pun dah bersyukur dah ( tapi sebenarnya ramai sangat yang culas kalau baca² lah.. moga makin ramai ayah² yang sedar dan jalankan tanggungjawab dengan baik kat anak² walau dah bercerai, kita doakan je lah) – Mazira–
Bg Je Lah Hak Jagaan Ke Ayah…. Bukan X Cukup, Tapi Cara Hidup Bekas Wife Tu Yg Buat X Cukup….
Pelik Betul Dengan Undang2 Kat Malaysia Ni Yg Bg Hak Jagaan Ke Bekas Wife…
Suami Tu Dah Lah Mampu Sgt2 Nak Jaga Anak, Tapi Hakim Tetap Bg Hak Jagaan Ke Mak Nya, Dah Tau Taraf Hidup Nya Mcm Mana….
Lain Lah Suami Tu X Mampu Nak Jaga…. Ni Mampu Sgt2… –Akma–
Zaman sekarang orang perempuan kne ada persediaan sbb bnyk penceraian.
Segulung diploma paling tidak atau ada kemahiran tertentu utk membolehkannya berdikari. –Fatin–
Ni Hanya Pendapat Saya La. Kalau Bapak Dia Jutawan, Rm10k Tu Celah Gigi Je. Jadi Jadilah Bapak Yg Bertanggungjawab.
Even Dah Bercerai. Hal Ex Wife Saya Tak Tau. Tp Kalau Ikut Perkiraan Duit Yg Byk Tu.. Mmg 10k Tu Celah Gigi Je.
Mcm Ddnk, X Logik Bagi Nafkah Anak 3k Ke 5k. Anak Sorang. Pendapatan Byk. At Least Anak Tu Boleh Dpt Lebih. Ni La Payah Bila Parents Divorce. Kena Lah Mengadap Masalah2 Mcm Ni.
Tp Dgn Divorce, Punca Pendapatan Tak Mengganggu Dia Pun Rasanya. Kita Citer Psl Jutawan Eh.. Bukan Rakyat Marhaen Mcm Kita2 Ni. –Aimi–
Sumber Borak Daily
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri