[VIDEO] Tersuka Tanpa Sengaja, Dulu Ayah Angkat Sekarang Jadi Suami Yang Sah
Dulu ayah angkat…tiber pulak rasa sayang, ‘tup tup’ dah jadi jodoh-
Siapa sangka lelaki yang dahulunya pernah dianggap sebagai ayah angkat, kini bertukar status menjadi suami pula. Begitulah kisah dikongsi oleh Amira Hanim, 25 yang telah mencuri perhatian ramai di aplikasi TikTok baru-baru ini. Meskipun suaminya 21 tahun lebih tua, namun dia tidak melihat jarak umur tersebut sebagai penghalang cinta mereka.
Dulu sama tempat kerja…sebabkan sama umur dengan bapa kandung, saya jadikan ayah angkat
Mengulas lanjut awalnya Zaini Ramli, 46 dianggap sebagai ayah angkat ketika bekerja di tempat yang sama sejak tahun lalu. Namun begitu, Amira akui lama-kelamaan mula menaruh hati kepada duda yang kebetulan sama umur dengan bapa kandungnya. Akhirnya, kedua-dua mereka selamat bernikah pada pertengahan Ogos lalu selepas 2 kali lafaz.
Tahniah moga kekal hingga Jannah…paras rupa & jarak umur bukan ukuran, yang penting hati budi
Rata-rata netizen akui faktor seperti paras rupa dan jarak umur bukanlah ukuran, sebaliknya paling penting adalah hati budi. Selain berharap perkahwinan tersebut kekal bahagia hingga ke Jannah, mereka yang tengah single juga berseloroh mungkin jodoh belum lahir lagi.
Kredit : TikTok mamaadha97
Admin post tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya.